Ejen Hartanah Berdaftar

Hazeeq Iberahim

Real Estate Negotiator

Tahniah kerana mendapatkan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar

Apa itu Ejen Hartanah Berdaftar?

Ejen hartanah berdaftar adalah pemegang lesen yang diberi kuasa untuk menjalankan urusan perniagaan berkaitan menguruskan proses jual, beli, sewaan mahupun pajakan berkaitan dengan hartanah. Lesen ini dikeluarkan oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH).

Kenapa anda perlu melantik Ejen Hartanah Berdaftar?

Untuk memastikan anda tidak ditipu  dan mengalami kerugian wang ringgit. Dilaporkan, saban tahun kes penipuan dan kerugian wang ringgit yang melibatkan urusan berkaitan hartanah meningkat dari masa ke semasa apabila berurusan dengan “orang tengah”. Gejala seperti ini susah hendak dibendung jika tidak mempunyai badan atau pihak berkuasa yang boleh bertindak. Oleh itu, bidang kerjaya ini merupakan bidang professional yang melibatkan urusan setiap lapisan masyarakat.

Siapakah yang melantik Ejen Hartanah Berdaftar?

Ejen hartanah boleh dilantik dari pihak penjual ataupun dari pihak pembeli. Untuk satu transaksi yang sama, ejen hartanah hanya boleh dilantik oleh satu pihak sahaja.Menjadi satu  kesalahan apabila ejen hartanah mendapat lantikan untuk kedua pihak yang terlibat bagi satu transaksi yang sama. Maksudnya disini, ejen hartanah tersebut tidak boleh mengenakan bayaran kepada semua pihak yang terlibat untuk setiap transaksi hartanah.

Berapa bayaran professional fee Ejen Hartanah Berdaftar?

Setakat hari ini, fee yang dibenarkan oleh pihak adalah hanya sebanyak 3% sahaja. Ini tidak termasuk dengan SST daripada harga yang dipersetujui samada belian atau jualan. Jika termasuk dengan SST, fee yang dikenakan hanya sebanyak 3.18%.

Saya Hazeeq Ejen Hartanah Berdaftar Legacy Real Property ,Sedia membantu anda.
Pertanyaan lanjut atau temujanji sila hubungi saya di bawah

Servis oleh Ejen Hartanah Berdaftar?

Semak Market Value Rumah Anda

Ejen Hartanah akan mendapatkan market value daripada bank atau valuer. Ini akan menentukan nilai sebenar rumah anda sebelum dijual.

Analisa Harga Pasaran

Analisa pasaran penting bagi menentukan harga terbaik untuk menjualkan rumah anda dalam tempoh masa yang ditentukan oleh anda

Iklan Dan Marketing

Kami akan mengiklankan hartanah anda secara online dan offline dan akan cuba pastikan setiap iklan dilihat seramai mungkin. Medium pengiklanan online seperti facebook ads, Google Ads, Mudah.my, ProperyGuru, Iproperty dan sebagainya.

Banker dan Lawyer

Sebagai seorang ejen hartanah mempunyai network yg baik dengan peguam dan pegawai bank adalah satu keperluan . Ini dapat membantu melicinkan proses permohonan loan, tukar nama dan sebagainya

Khidmat Nasihat Awal Percuma

Sekiranya anda ingin menjual rumah. Ejen hartanah menyediakan khidmat nasihat secara percuma.
Khidmat nasihat ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang proses jual beli hartanah dan oersedian menjual hartanah.

Antara khidmat nasihat adalah;

semak harga pasaran

membuat kajian demand and supply

cadangan harga jual

prosedur jual beli

anggaran tempoh masa bagi mendapatkan hasil jualan

dokumen yang diperlukan

Achievement

ejen hartanah senawang

2nd RUNNER UP

January 2019

ejen hartanah

TOP ACHIEVER

June 2019